Untuk kali kedua dalam enam tahun seluruh keluarga besar saya mengunjungi saya di rumah pada hari pertama Tahun Baru Cina. Adalah penting sekali merayakan Tahun baru menurut tradisi kaum Cina yang mengutamakan hubungan kasih-mesra di antara semua ahli keluarga. Isteri saya menghabiskan banyak waktu menyediakan makanan dengan pelbagai hidangan lauk-pauk.
Pada hari kedua Pengerusi dan Penatua Gereja menjemput saya dan isteri makan tengahari di Pizza Hut dan kami bercerita tentang pelayanan Tuhan dan tafsiran beberapa teks Firman Tuhan.
Hari yang ketiga, kami mengunjung sahabat karib saya, seorang peguam yang saya kenali sejak tahun 1988.
Pada malam harinya seorang teman sepelayanan datang mengunjungi kami di rumah bersama keluarganya. Dia adalah pastor penyelaras PMM dan merupakan pelajar saya sewaktu saya baru masuk dalam pelayanan penuh masa di MTS Melangkap, Kota Belud pada tahun 1994. Kami banyak bercerita tentang perkembangan pelajar lain angkatan tersebut, majoritinya masih bertekun dalam pelayanan di ladang Tuhan. Namun saya tidak terlepas dari kesedihan kerana beberapa pelajar seangkatan tidak lagi melayani atas sebab-sebab tertentu.
Pada hari keempat, kami dijemput makan "steam boat", cara buffet dengan kos RM25.00 seorang. Saya kira dengan kadar inflasi yang tinggi di Sabah dini hari, harga tersebut bukan mahal malah adalah berpatutan memandangkan kami makan sampai kenyang dengan alas mulut dan aiskrim.
Pada hari kelima, kami dikunjungi oleh seorang pemimpin Gereja bersama keluarganya. Dia adalah seorang Pengetua Sekolah Menengah dan memang kawan baik dalam pelayanan sejak 23 tahun yang lalu sewaktu saya menjadi anggota Gereja di KK.
Pada hari keenam, saya dan isteri makan bersama seorang missionari dan isterinya di restauran. Dia juga merupakan kawan baik saya dan saya agak sedih kerana tempoh pelayanannya akan tamat dan dia akan kembali ke negara asalnya pada bulan April ini. Namun, saya yakin kami tidak akan dipisahkan lama kerana sekarang adalah dunia global di mana kommunikasi secara serta-merta melalui internet begitu mudah sekali.
0 comments:
Post a Comment